12 Mac 2011

Situasi 30: “Siapa Makan Dara, Dia Terasa Pedas”???

Jam 8.00 A.M





Kelas Semantik
(PC 25)



Setiap hari rabu akan berlangsungnya sesi pembentangan tugasan individu bagi Kursus Semantik di bawah En. Abdullah Yusof. Semasa sesi pembentangan ini, pelbagai ragam dan karenah yang dapat diperhatikan. Apa yang masih kekal dalam ingatan saya ialah pada seorang rakan pembentang berbangsa Cina yang membentangkan tugasan bertajuk simpulan bahasa.

"Siapa yang makan dara, dia akan terasa pedas"

Untuk pertama kalinya, saya anggap rakan pembentang ini tersasur. Tetapi untuk kedua dan ketiga kalinya:

Siapa yang makan dara, dia akan terasa pedas.

Siapa yang makan dara, dia akan terasa pedas.

Tiba-tiba, kelas bagaikan terkena Histeria dengan gelak ketawa rakan-rakan yang lain.

Komen:

Sebenarnya rakan pembentang ini ingin menyebut simpulan bahasa yang berbunyi:

"Siapa yang makan lada, dia akan terasa pedas"





Saya faham dengan pelat bangsa lain apabila bertutur dalam bahasa Melayu, tetapi jika tersalah menyebut sesuatu perkataan, ayat tersebut telah membawa makna yang berbeza daripada makna ayat asal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan