11 Mac 2011

Situasi 18: Uniknya Malaysia (Dialek Pelbagai Bahasa)




Salam Sejahtera.
Masyarakat di negara kita terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Setiap kaum di Malaysia mempunyai budaya yang unik dan warisan budaya tersendiri. Misalnya, terdapat perbezaan antara tarian, muzik, bahasa dan dialek yang digunakan oleh pelbagai kaum. Walau bagaimanapun, semua kaum saling mengenali warisan budaya tersebut.


Keunikan budaya masyarakat Malaysia terletak pada pelbagai bahasa dan dialek. Bahasa merupakan satu cara berkomunikasi. Terdapat pelbagai bahasa di negara kita seperti bahasa Melayu, bahasa Cina dan Tamil. Dialek pula muncul apabila sekelompok manusia mengubahsuai bahasa mengikut budaya tempatan.

Selama ini kita sedia maklum bahawa kaum Melayu bertutur dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai dialek lain yang bersifat kedaerahan dan keturunan turut dituturkan oleh bangsa Melayu. Misalnya, terdapat pelbagai dialek dalam bahasa Melayu seperti dialek Kelantan, dialek Kedah dan dialek Negeri Sembilan.

Hang mai la sini sat. Aku nak ajak hang pi nat sat.”  
(Perlis, Kedah, Pulai Pinang)


"Teman suke ghomah tepi pante". (Perak)

              “Mu nok gi make mano?” (Kelantan)



Bagaimana pula dengan kaum lain? Adakah mereka juga mempunyai pelbagai dialek seperti kaum Melayu?

Kaum Cina

dan

Kaum India


Persoalan ini terjawab melalui hasil pembacaan saya dalam beberapa artikel.  Dalan bahasa Cina sebenarnya terdapat juga beberapa seperti dialek Kantonis, Hokkien, Hakka, Teochew dan Foochow. Begitu juga dengan Kaum India yang menggunakan bahasa Tamil, Malayalam dan Telegu.





Dialek Kaum Cina
Apa Khabar?
Terima Kasih
Kantonis
Lei hou ma?
To che
Hokkien
Lu ho bo?
Kam Sia
Hakka
Ni hao mao?
Mn koi


Dialek Kaum India
Apa Khabar?
Terima Kasih
Tamil
Nalamaga irukkinrirkala?
Nandri
Malayalam
Sugamthanne?
Valare upagaram
Telegu
Kshemama?
Dhanya



Walaupun budaya masyarakat kita berbeza, namun kita masih boleh hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Negara kita menjadi teladan kepada Negara lain yang mempunyai masyarakat majmuk.

SEKIAN


1 ulasan:

  1. Kenapa Bahasa Tamil, Kantonis, Malayalam dll dipanggil dialek? Semuanya merupakan bahasa-bahasa yang tersendiri, Bahasa Tamil sendiri ada dialek-dialek tertentu seperti Tamil Chennai, Tamil Brahmin, dan Tamil Kongu

    BalasPadam