12 Mac 2011

Situasi 21: Bahasa Rahsia

Salam Sejahtera

Pernahkah anda menggunakan bahasa rahsia?


Siapa yang selalu menggunakan bahasa rahsia?





Walaupun saya bukan anggota perisik  atau polis tetapi sewaktu  di alam persekolahan dahulu saya dan rakan-rakan selalu menggunakan bahasa rahsia. Bahasa yang saya dan rakan-rakan tuturkan tidak difahami oleh orang di sekeliling dan hanya saya dan rakan-rakan sahaja yang mengetahui maknanya. Inilah yang dikatakan bahasa rahsia yang kami reka sendiri untuk mengungkapkan sesuatu yang dianggap peribadi dan tidak mahu diketahui oleh orang lain. Ini antara bahasa rahsia yang kami selalu gunakan semasa kami berkomunikasi antara satu sama lain.


Dufulifu sefelafalufu cafakapfak bafahafasafa camfamnifi 

Apa yang anda faham dengan ayat ini?



Maksud ayat  yang kami anggap bahasa rahsia ini ialah:

Akulah gadis itu. Selagi aku hidup, aku akan belajar dan terus belajar.

Jika kami tidak menyukai seseorang, kami akan menggunakan bahasa rahsia ini:

Menanglah dia yek

Dengan adanya bahasa rahsia, kami boleh bercakap tanpa menguris hati orang lain kerana mereka tidak memahami apa yang kami tuturkan.

Masa aku tadika dahulu, pak cik sebelah ayah aku pernah ajar satu bahasa rahsia yang bunyinya seakan-akan bahasa Rusia. Pak cik aku kata jika  ada orang  tanya sudah makan atau belum,
jawab begini:

Sasyasa maskansan rostisi pasgisi tasdisi

Maksudnya ialah:

Saya makan roti pagi tadi.

Masa aku kecil, kakak dan sepupu aku selalu menggunakan bahasa rahsia yang mereka reka sendiri kerana mereka tidak mahu aku tahu aktiviti yang mereka akan lakukan.
Inilah bahasa yang selalu bermain difikiran aku ketika itu:

Tika dusah hatu
Buca gali kesali

Akhirnya, aku dapat  memahami bahasa yang mereka setelah aku berumur 11 tahun. Oleh itu, bahasa tersebut bukanlah rahsia lagi bagi aku.

Tika dusah hatu bermaksud kita sudah tahu
Buca gali kesali bermaksud cuba sekali lagi

Komen:
Saya rasa bahasa rahsia sangat unik dan menarik kerana hanya orang tertentu sahaja yang dapat memahami dan mengerti bahasa yang digunakan. Walaupun, bahasa rahsia yang digunakan itu tidak diiktiraf tetapi sekurang-kurangnya dapat menjadi satu medium komunikasi untuk mengungkapkan sesuatu yang melibatkan hal peribadi atau sebagainya. Walaupun, sudah banyak bahasa rahsia yang sudah saya lupa, tetapi saya masih lagi mempraktikan satu bahasa rahsia, iaitu kami panggil bahasa ‘M’. Saya akan menggunakan bahasa ini ketika bertemu rakan-rakan lama di kampung.

“Samayama sumukama kamamumu”


WASALAM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan