12 Mac 2011

Situasi 20: Apa Perbezaan Anggapan dan Tanggapan?




PEMILIHAN kata yang tepat bagi menggambarkan maksud sesuatu perkataan sangat penting. Sekiranya tersalah pilih, maka lain yang dimaksudkan, lain pula yang ditanggap oleh pembaca atau pendengar.
Bunyi yang hampir sama antara dua perkataan merupakan punca kita membuat pemilihan kata yang kurang tepat.

ANGGAPAN dan TANGGAPAN
Kedua-dua perkataan ini bunyinya hampir sama.

Tahukah anda apakah maksud anggapan dan tanggapan?


         ü  Anggapan bermaksud andaian.
·         Jika seorang anak memberitahu ibunya bahawa beliau tidak perlu menyiram pokok bunga pada petang nanti kerana hujan akan turun.

·         Anggapan ini dibuat setelah anak itu melihat awan hitam yang mula membesar gumpalannya di langit.


Ø  Tanggapan
ü  Tanggapan merupakan pandangan yang terbentuk menerusi pemerhatian dan pengamatan menerusi pancaindera.

ü  Menanggap lebih mirip maknanya kepada mengkonsepsi.

ü  Kadang-kadang tanggapan juga berlaku daripada bayangan atau gambaran dalam hati.

·         Pada suatu ketika dahulu mana-mana individu yang memiliki kereta dikatakan orang kaya.

·         Kini, tanggapan itu sudah tidak wujud lagi kerana kereta sudah menjadi satu keperluan yang perlu dimiliki oleh sesiapa jua.



Kita seharusnya mengetahui perbezaan perkataan yang seakan-akan sebunyi yang sudah pasti berbeza maksudnya, agar kita dapat membuat pilihan yang tepat untuk mendukung sesuatu maksud yang khusus. Dengan demikian, dapatlah kita berbahasa dengan persis.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan