12 Mac 2011

Situasi 29: Kata Panggilan Keluarga Kadazan dan Dusun

Salam 


                         Ngah, tolong ambilkan Achik bakul tu.
Pak Long, apa khabar?

Dalam keluarga Melayu kita sering menggunakan kata panggilan dalam keluarga ketika berkomunikasi dengan ahli keluarga terdekat.


Kata panggilan keluarga ?


Kata yang menggantikan nama yang digunakan kepada manusia dengan penentuan gender, rujukan, dan kedudukan keluarga.

Contoh kata panggilan dalam keluarga Melayu.
Kedudukan dalam Keluarga
Kata Sapaan

Anak sulung atau pertama
Anak kedua
Anak ketiga
Anak keempat
Anak kelima
Anak keenam
Anak bongsu

Long
Ngah
Lang
Cik
Andak
The
Busu


Pada petang semalam, semasa dalam kelas Modal Insan, saya telah berbual-bual dengan seorang rakan, iaitu Nana. Nana berasal dari Sabah yang berketurunan Kadazan. Semasa seronok bersembang, saya mendapat panggilan daripada ibu:

Kringg…kringg

Ibu: Assalamulaikum. Duk mana ni?
Saya: Waalaikumussalam. Chik ada dalam kelas ni.

Begitulah sedikit cebisan ingatan perbualan dengan ibu tersayang. Kemudian, Nana bertanya:

Nana: Oo..keluarga panggil Chik ya?
Saya: Ya, Nana dalam keluarga panggil apa?

Soalan saya dijawab dengan panjang lebar oleh rakan saya itu. Menurutnya, kata panggilan keluarga dalam bahasa Kadazan dan Dusun adalah seperti berikut:

Ama, amo               : bapa
ino                         : emak
tanak                     : anak
aka kusai               : abang
aka tongondu          : kakak
sulod                     : saudara
tivanon                  : mentua
adi                        : adik
pinotokin               : menantu lelaki
pinoogom               : menantu perempuan
ipag                         : ipar (man speaking: sister’s husband, wife’s brother)
iras                       : ipar (man speaking: wife’s brother-in-law)
longuon                  : ipar (woman speaking: sister’s husband, husband’s brother)
koonduoi /              : ipar (woman speaking: husband’’s sister Onduoi husband)
uvoi                       : ipar (woman speaking: husband’s brother’s wife)
Kamaman                : bapa saudara, pakcik
Minan                    : emak saudara, makcik
Pinsan                    : pupu
Tanak do                : anak saudara, kemanakan Sulod, Kamanakon

Manakala untuk  Kata Panggilan Sanak Saudara dalam bahasa Kadazan dan Dusun adalah seperti berikut: -

Aki              : datuk
Odu             : nenek
Iodu koduvo, : cicit
Mongkupu / nanakan, : cucu
Iodu-aki       : nenek moyang
Sonsuladan : sanak saudara
Pinsan          : pupu

Kepelbagaian sistem panggilan Kadazan dan Dusun dapat dilhat melalui konteks bahasa dan ketidaksamaan masyarakatnya. Umumnya, sistem panggilan dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti berikut: -

Perbezaan umur, panggilan untuk pangkat nenek, pakcik, makcik dan cucu adalah berbeza mengikut sistem sapaan Kadazan dan Dusun.

Perbezaan jantina, panggilan untuk lelaki dan wanita, isteri dan suami, kakak dan abang adalah berbeza.

Keturunan, panggilan untuk makcik, pakcik, datuk dan nenek juga adalah berbeza.

Sehubungan itu, sistem panggilan dalam keluarga dapat:
ü                           ü    Mendokumentasikan semua jenis kata panggilan mengikut dialek goegrafi
supaya tidak hilang ditelan zaman.
ü  Membezakan antara individu dalam pelbagai aspek seperti umur, status,
pertalian kekerabatan atau persaudaraan, dan juga hubungan antara satu sama lain
Kesantunan ketika berbahasa dalam kalangan keluarga atau di luar hubungan keluarga.



3 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. apakah panggilan bagi adik ke dua?
    di dalam bahasa kaum kadazandusun

    BalasPadam
  3. apakah panggilan bagi adik ke dua?
    di dalam bahasa kaum kadazandusun

    BalasPadam