15 Mac 2011

Situasi 40: Sensitif? Mana ada!

            

Salam Sejahtera buat Semua

Situasi 1: Di dapur.

Dilla: Macam mana nak kopekkan durian ni?

Mek Yah: Astaghfirullahalazim… bakpo mu ni suka sangat carut!

 Dilla: Mencarut apa benda pulak?

Mek Yah: Dah mu duk sebut kopek-kopek tu bakpo?

Dilla: Aku tanya kau macam mana nak kopekkan buah durian ni? bila masa pulak aku mencarut?

Mek Yah: Ishh.. kat negeri aku “kopek”  tu sensitif wel..mu sebut benda lain la.

Dilla: Kenapa pulak sensitif?

Mek Yah: Di negeri aku,  “kopek” tu bermaksud buah dada perempuan!

Dilla: Ooo…aku tak bermaksud macam tu, aku tanya kau macam mana nak mengopak buah durian ni.


Situasi 2: Selepas majlis rewang (di bahagian belakang rumah)


Mek Soh: Patat tu mu berus biar bersih.

Asyraf: (Pengantin lelaki berasal dari Johor, terkejut)..tak nak la saya.

Mek Soh: Tadi mu nak sangat basuh…

Asyraf: Yela..tapi??

Mek Soh: Tapi gapo pulak?

Linda: (Pengantin perempuan, ketawa terbahak-bahak). Abang, Mek Soh minta abang berus bahagian bawah kuali tu..

Asyraf : (Muka malu). Kenapa tak cakap bawah kuali?

Linda: Orang kat sini menggunakan perkataan “pantat” tu untuk bahagian bawah kuali.

Komen:
Begitulah serba sedikit perbualan yang menggunakan perkataan-perkataan tertentu yang  telah menimbulkan salah faham dan keraguan apabila kita berbeza kefahaman mengenai maksud perkataan itu.
Makna sesuatu perkataan misalnya perkataan “kopek” dan “pantat” mempunyai perbezaan makna berdasarkan konteks luar bahasa, iaitu konteks sosial yang melatari sesuatu peristiwa bahasa. Oleh hal yang demikian, perkataan yang sama jika digunakan oleh dua masyarakat yang berbeza akan menghasilkan makna sosialinguistik yang berbeza.
Sehubungan itu, perkataan ‘kopek’ dan ‘pantat’ ini membawa makna emotif kepada pendengar, iaitu melibatkan perasaan sensitif dan dianggap sebagai bentuk bahasa yang tidak sopan terutama apabila berhadapan dengan masyarakat dari negari Kelantan dan Johor.

Situasi 39: “Mana selipar aku?”


Rakan serumahku ingin ke kampus untuk berjumpa pensyarahnya.
Ketika berada di depan pintu rumah, dia menjerit:

Aizah aku pinjam kasut hang noh!


Aku yang berada di dalam bilik ketika itu menyahut:

Ambil la…atas rak kasut tu.



Seketika kemudian, aku dan Aja, iaitu rakan serumahku ingin ke kedai untuk membeli makanan tengah hari.

Aku: Eh..mana selipar aku ni. Rasa letak kat sini. Aja ada nampak tak selipar orang warna hitam tu?


Aja: Tadi aku nampak Tina pakai selipar hitam tu.

Aku: La..tadi dia cakap nak pinjam kasut.

Aja: (Ketawa) Geng-geng depa tu selipar ke kasut, semua depa panggil kasut.

Aku: La yeke. Tak tahu la pulak.

Begitulah kisah kehilangan seliparku.


Komen:
Komunikasi yang berkesan ialah apabila kedua-dua pihak memahami apa yang dituturkan oleh pihak yang dilawan bercakap. Di sini kita dapat lihat wujudnya masalah ‘kesalahfahaman’ apabila dua anggota masyarakat yang berlainan negeri berkomunikasi menggunakan dialek negeri sehingga pihak lawan membuat tafsiran yang salah terhadap perkataan tersebut mengikut kefahaman sendiri. Sehubungan itu, perkataan ‘kasut’ oleh masyarakat negeri Kedah  merangkumi selipar dan kasut dan istilah ‘selipar’ tidak wujud bagi mereka. Manakala, masyarakat luar menafsir perkataan kasut ialah kasut yang bertutup. Oleh hal yang demikian, gunalah bahasa yang boleh mewujudkan komunikasi yang berkesan dan jelas agar tidak timbul masalah salah faham.


14 Mac 2011

Situasi 38: "Melentur Buluh Biar dari Rebungnya"

 buluh

“Melentur Buluh Biar dari Rebungnya


Dialog di Tadika:


Situasi 1: Dalam Kelas

Murid 1:  Cikgu, saya nak buang air besar.

Cikgu:  Yela, hati-hati.

Murid 2: Cikgu, saya nak teman kawan saya buang air kecil boleh?

Cikgu: Buang air kecil pun nak berteman?


 Situasi 2: Dapur Tadika

Pembantu Tadika: Banyak sungguh Leman ni makan!

Cikgu: Maklumlah kak, badan tengah naik.

Beginilah suasana di tadika, iaitu tempat di mana kakakku berbakti. Jika ada kelapangan waktu, aku sering menolong kakakku melayan karenah-karenah kanak-kanak yang belajar di situ. Apa yang mencuit hati aku ialah bahasa yang mereka gunakan.Mereka diasuh menggunakan bahasa yang sopan.

Buang air besar

Buang air kecil

Badan tengah naik

Sebenarnya ungkapan-ungkapan ini tergolong dalam bahasa halus.

Buang air besar dalam bahasa kurang manis ialah berak
Buang air kecil- kencing
Badan tengah naik- badan sedang membesar

Bahasa halus???



Bahasa halus merupakan bahasa pertuturan yang digunakan oleh penutur yang berpendidikan.

Michael West (1969: 298) :


Melihat bahasa halus sebagai sesuatu yang bersopan santun ataupun “ having a nice mind.”

Asmah Haji Omar (1988: 1) :


Bahasa halus ialah bahasa yang digunakan dengan penuh sopan dan tertib walau dalam keadaan apa sekalipun.

Bahasa halus ialah  sistem bahasa yangg beradat, bersopan santun dan berbudaya tinggi. Digunakan untuk menghormati orang yang dilawan bercakap,  menjaga  perasaan  orang  yang dilawan berckap, mewujudkan  kemesraan dan menghormati peraturan adat istiadat.

Bahasa halus wujud kerana pertimbangan terhadap orang yang dilawan bertutur. Kedudukan, pangkat, umur dan kekakraban orang yang dilawan bertutur mempengaruhi   pemilihan perkataan dan kata ganti nama. Bahasa haus  menggunakan nada pengucapan yang rendah, lembut dan menimbulkan kemesraan.

Contoh Bahasa Halus:

Kurang manis
Kiasan pemanis
Bunting/mengandung
Berbadan dua
Kubur
makam
Lama hidup
Panjang umur
Sesak nafas
Pendek  nafas
Pandai berkata-kata
Manis mulut
Upacara mandi semasa hamil 7 bulan
Melenggang perut
Pusat pengajian tinggi
Menara gading
Musim hujan selalu turun
Musim tengkujuh
Orang yang mengahwini perempun yang hamil
pak sanggup
Perangai yang gila-gila
Buang tabiat
Mengandung selepas berkahwin
Bunting pelamin
Haid
Datang bulan
Menerangkan sesuatu dengan hormat kepada raja
Berdatang sembah
Pelayan diraja
bida
Hamba perempuan raja
Beti-beti
Hubungan jenis yang halal antara suami isteri
Nafkah batin
isteri
Orang rumah
Penyakit cacar atau ketumbuhan
Penyakit orang baik
























Komen:
Bahasa halus memainkan peranan penting dalam kehidupan kita. Penggunaan bahasa mencerminkan  disiplin dalam kalangan masyarakat terutama apabila berkomunikasi . Apa yang signifikan, bahasa halus dituntut penggunaannya untuk mengelakkan seseorang itu tersinggung kerana kata-kata yang kurang enak didengar.