11 Mac 2011

Situasi 19: Bahasa Pasar




Salam 1 Malaysia.

Berfikir sejenak mengenai Bahasa pasar.



Bahasa pasar tu apa?


Kawan-kawan, bahasa pasar ialah:

  • Bahasa kacukan antara bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa bukan Melayu 
  • Pelat penyebutan dipengaruhi oleh pelat bahasa ibunda penutur.
  • Tidak gramatis dengan mengabaikan hukum DM dan penggunaan penjodoh bilangan.
Bahasa pasar ialah ragam yang digunakan antara orang-orang Melayu dengan kaum atau 
bangsa lain atau antara kaum-kaum dan bangsa lain. Bahasa pasar atau dipanggil bahasa kacukan terdapat banyak unsur bahasa yang digunakan. Bahasa pasar ini terdiri daripada bahasa Melayu tetapi dengan jalan bahasa dan susuk ayat bahasa-bahasa lain seperti bahasa Cina dan bahasa Tamil.

Contoh bahasa pasar:

“Saya boleh ajar apa macam menjaga itu budak: tidak lama dia nanti cukup baik dan sihat.  Pertama-pertama itu budak kecil mesti selalu cukup bersih.  Nas boleh tunjuk apa macam mahu kasi mandi itu budak.  Lagi satu mesti ingat-ingat kasi itu budak makan dia punya emak punya susu saja, jangan susu lain.  Itu emak punya susu dia punya makan yang lebih baik sekali, lagi lebih bersih dan senang boleh dapat, tidak kena belanja.”                         
                         (Petikan daripada Pelita Bahasa Melayu)

Ini antara bahasa pasar yang tertangkap oleh halwa telinga tatkala mendengar seorang lelaki Cina berbual dengan seorang lelaki Melayu.

Sekalang gua punya mini sutat tatak mau dengar gua punya cakap
(Bahasa Pasar)

                Membawa maksud:
Sekarang isteri/bini saya sudah tidak mahu mendengar kata saya

Itu worang makan kasi kalu banyak suka, kerja panggil kalu banyak malas.
(Bahasa pasar)

Membawa maksud:
Orang itu kalau diberi makan suka tetapi kalau disuruh bekerja malas.

Setengah-setengah daripada bentuk dan susunan ragam yang bukan bahasa Melayu ini telah begitu sebati dalam penggunaannya sehingga orang Melayu sendiri tidak sedar lagi akan keasingannya dan menyangka bahawa betuk-bentuk itu ialah bentuk-bentuk bahasa Melayu tulen, misalnya apa mahu, boleh bikin, kasi tahu, banyak mahal, sedikit masa, jagan bilang sama dia, itu macam, saya punya adik, dan sebagainya.

Orang Melayu yang memang terkenal dengan sifat merendah diri terbawa-bawa sifat ketika berkomunikasi dengan kaum asing. Secara tidak langsung, mereka telah menjadi model yang salah kepada orang bukan Melayu.

Penguasaan dan kemahiran dalam menggunakan bahasa Melayu akan berkurangan. Masyarakat yang selalu menggunakan bahasa pasar umtuk berkomunikasi dalam kehidupan seharian akan mengalami masalah untuk menguasai bahasa Melayu dengan lebih baik terutamanya bagi golongan muda dan pelajar.

Kerosakan bahasa merupakan penyakit yang mula tersebar kepada masyarakat dan negara. Bagaimana kita ingin meletakkan bahasa Melayu sabagai bahasa rasmi atau bahasa berbudaya tinggi sedangkan mutu bahasa yang kita perjuangkan mula terabai.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan