12 Mac 2011

Situasi 27: Apa bezanya antara perkataan rasmi dan resmi?

Rasmi dan Resmi??

Memandangkan saya sebagai kakak senior yang mengambil major BM, sejujurnya saya sebenarnya menjadi perpustakaan bergerak kepada adik-adik dan rakan-rakan yang kurang memahami maksud sesuatu perkataan. 



Misalnya,beberapa hari yang lepas  saya telah diajukan satu soalan yang agak sukar untuk dijawab dalam masa yang singkat. Namun, memandangkan saya mengambil kursus Semantik untuk semester ini, maka persoalan itu dapat saya perjelaskan dengan panjang lebar.

Kak, bagaimana kita nak bezakan antara rasmi dengn resmi?

Perkataan rasmi dan resmi ialah dua perkataan yang sering menimbulkan kesilapan pemilihan. Kedua-dua perkataan ini kerap digunakan dalam konteks yang tidak tepat lantaran kedua-duan hampir sebunyi, tetapi mempunyai maksud yang berbeza.

Perkataan rasmi digunakan dalam rangkai kata tertentu seperti surat rasmi, lagu rasmi, bendera rasmi, bahasa rasmi, tugas rasmi, pakaian rasmi, upacara rasmi dan kediaman rasmi. Rasmi dalam rangkai kata tersebut bermaksud disahkan atau ditentukan oleh yang berwibawa, iaitu kerajaan.

Resmi pula digunakan dalam konteks yang berlainan, seperti dalam peribahasa:

“Ikut resmi padi, makin berisi makin tunduk”

“jangan ikut resmi lalang, makin berisi makin tegak”

“Resmi Mak Piah tidak ubah seperti ayam betina, bertelur sebiji riuh sekampung”

Perkataan resmi dalam peribahasa yang ini membawa maksud sifat atau resam.


Kita perlu mempunyai pengetahuan tentang sesuatu perkataan agar tidak tersalah menggunakannya terutama dalam peperiksaan kerana perkara ini boleh memberi kesan kepada keputusan peperiksaan yang akan kita perolehi.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan