23 Januari 2011

Situasi 3: Bulat dan Ketot

Tentang Bulan

Bulan dan bintang
Bersinar berkelipan
Dan menerangi
keindahan malam
Tanpamu bulan
Malam kegelapan
Tanpamu bintang
Hilanglah keindahan
Ini kisah tentang bulan
Bulan bintang jadi kawan
Bergitulah persahabatan
Yang cuba kami eratkan
Moga berkekalan selamanya
Bergitulah kami hidup lima sekawan
Sesama berjanji susah senang dirasa
Dibawah sinaran cahaya bulan bintang
Menjadi saksi janji kami semua
Apabila aku mendengar lagu ini, aku terus teringatkan filem “Tentang Bulan” arahan Ahmad Idham.Tanpa membuang masa aku terus search YouTube dan menaip tajuknya: “Filem Tentang Bulan” dan aku terus layan. Aku meminati jalan ceritanya iaitu mengisahkan persahabatan lima sekawan iaitu, Mawi (Mohd Addy Ashraf),Abu/Bulat (Nik Adruce), Ibrahim/Ketot (Muhammad Nasiruddin ), Budi (Nor Zam Zam Zakaria), Ila (Fatin Nur Afifah), Ina
(Nur’Arina Abd Malek). Apa yang aku ingin titipkan di sini ialah pada bahasanya. Apa yang aku perhatian,terdapat gelaran yang cute untuk Ibrahim dan Abu iaitu ketot dan bulat. Apabila mendengarnya berulang kali, baru aku teringat adik bongsu aku yang berumur tujuh tahun pernah memanggil kawannya ‘ketot” sehinggakan berlaku pergaduhan kecil antara mereka.
Ketot…ketot…ketot….




Sedutan "Tentang Bulan" 

Itulah kesan pada psikologi kanak-kanak yang baru ingin mengenal dunia. Gelaran yang digunakan itu dipengaruhi oleh drama The Series Tentang Bulan yang sedang rancak disiarkan di Astro Ceria.

Titipan Wadah:

Saya rasa penangan media cukup kuat untuk menpengaruhi psikologi kita terutama kanak-kanak. Si tonggek, bucit, si galah dan pelbagai gelaran lagi cukup popular terutama kepada pelajar sekolah. Ada saja gelaran yang diberikan kepada rakan-rakan, malahan guru juga tidak terlepas dari menerima pelbagai gelaran. “ Halimah Jonggang” adalah salah satu judul sebuah drama yang disiarkan di Astro Prima. Jika anda membaca akhbar Berita Harian, luahan seorang bapa yang sedih dan kecewa kerana anaknya (yang jongang) menjadi bahan ejekan di sekolah dan hal ini memberi tekanan kepada anaknya itu. (Rujuk: Normah Becok, HIP muka 18, Berita Harian Khamis 25 Februari 2010). Begitu hebat sebenarnya penangan media massa. Diharapkan drama mahupun filem akan datang lebih memberi teladan kepada masyarakat bukannya memutuskan hubungan silaturahim sesama manusia kerana gelaran yang diberikan boleh menyebabkan berlakunya pergaduhan sesama sendiri.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan