27 Januari 2011

Situasi 9: "Budak Botak Si Upin dan Ipin"


Bagi pembaca yang pernah menonton animasi pendek Upin dan Ipin pasti biasa mendengar perkataan di atas dan turut menjadi ikutan dewasa ini. Apa yang menyeronokkan aku, pensyarah aku sendiri iaitu kursus Semantik dan Pramatik mengaplikasikan kata tersebut apabila kami berkata sesuatu, beliau akan menyahut:
“Betul…betul…betul…!!!”
Episod Syoknya Raya

Episod Tamak


Aku bukan ingin mengulas berkenaan perkataan “betul..betul..betul” tetapi keistimewaan animasi berkenaan. Animasi Upin dan Ipin ini  mengisahkan dua beradik yatim itu bukan sahaja dikenali di tanah air malah telah menembusi rantau Asia. Apa yang ingin aku kongsikan di sini ialah kesan psikologi hasil daripada menonton animasi ini. Animasi ini sebenarnya bukan sekadar hiburan semata-mata tetapi banyak menyelitkan kata-kata nasihat dan pengajaran yang berguna kepada kanak-kanak dan orang dewasa. Menerusi sedutan yang aku kutip daripada laman web YouTube, hayatilah mesej yang ingin disampaikan.

            Titipan wadah:

Tahniah diucapkan kepada Les’ Copaque kerana berjaya menghasilkan kartun bersiri Upin dan Ipin sebagai satu usaha untuk menjayakan animasi 3D yang boleh dikategorikan sebagai karya terulung di Malaysia ini. Kartun yang sangat memberikan motivasi dan suntikan islamik khususnya kepada kanak-kanak ini mampu memberi kesan yang yang sangat positif lebih-lebih lagi kartun ini juga turut memuatkan kisah yang sangat menarik. Kartun-kartun yang berbentuk motivasi dan siri tauladan seperti ini amat diperlukan untuk santapan spiritual adik-adik kita. Semoga bertambah banyak lagi kartun yang disiarkan seperti Upin dan Ipin. Saya sendiri sangat berminat dengan kartun ini . Kehadiran ‘Shin Chan Malaysia’ inilah satu-satunya animasi yang cukup menghiburkan hati dalam masa yang sama menyampaikan mesej yang baik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan