23 Januari 2011

Situasi 5: Bahasa Laras Pujukan- Tarikan Pelanggan


Setiap peniaga mempunyai cara tertentu untuk meraih pelanggan. Setiap hari Sadtu pasti saja Pekan Tanjung Malim tidak sunyi dengan jeritan dan laungan para peniaga meminta pelanggan singgah digerai mereka. Aku adalah antara salah seorang pelanggan setia yang mengunjungi  pekan tersebut pada setiap hari sadtu kerana pada hari tersebut terdapat pasar petang yang menyediakan pelbagai keperluan seperti pakaian, makanan, sayur-sayuran, buah-buahan dan banyak lagi. Apa yang aku ingin kongsi di ruangan blog ini adalah bahasa yang digunakan oleh para peniaga kita semasa kita melintas digerai mereka. Pelbagai bahasa laras pujukan yang digunakan, antara yang aku perasan ialah:

Wow Cantik-cantiknya..kalau beli air ni lagi cantik!!!
(peniaga gerai Saudagar)

Kak beli buah kak…buah-buah ni manis-manis macam akak!!!
(Adik gerai buah)

Beli satu je kak..belilah dekat kawan akak satu lagi
( peniaga ayam madu)

Inilah antara bahasa pujukan yang terdengar oleh lubang telinga aku ini. Walau bagaimanapun, terdapat juga peniaga yang hanya duduk dan memandang saja pelanggan yang melintas tanpa memberi satu senyuman atau menawarkan barang jualan mereka. Aku pun tidak pasti mengapa begitu, jika kita tidak bersuara mahupun memberi senyuman, macam mana untuk menyaingi peniaga lain yang sibuk memanggil para pelanggan. Tambahan pula kebanyakkan jualan mereka juga hampir sama.

Titipan Wadah:
Saya rasa sebagai seorang peniaga, bahasa laras  pujukan sangat membantu mereka untuk menarik perhatian pembeli. Bahasa-bahasa yang manis didengar mampu membuka hati pelanggan untuk singgah digerai mereka. Manakala, bagi peniaga yang hanya memandang dan terus memandang tanpa mempromosikan barangan jualan mereka pasti akan memberi impak kepada peniagaan kerana pelanggan tidak tertarik untuk melangkah masuk ke gerai jika reaksi dan mimik muka kita masam memcuka dan tidak memberi senyuman kepada pelanggan. Senyuman itu sedekah, senyuman itu penyeri wajah dan senyuman itu ada tarikan graviti. Ucaplah kata-kata pujukan supaya pelanggan rasa tertarik singgah dan membeli barang jualan kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan