27 Januari 2011

Situasi 6: Sindiran Si Anak Muda.

Salam Pembangunan Ummah.

Sekarang sudah masuk minggu keempat untuk sesi 2010/2011 dan ini bermakna minggu ini aku perlu memasukkan lima lagi situasi atau peristiwa berkaitan penggunaan bahasa dalam kalangan masyarakat di sekeliling aku. Sebagai memenuhi tuntutan tugasan ini, aku ingin berkongsi satu peristiwa yang boleh dianggap tidak sopan. Jika anda mengunjungi pekan Tanjung Malim ini pasti anda akan menemui ramai peminta sedekah terutama pada hari Sadtu. Kadang-kadang aku kesian melihat keadaan mereka, ada yang tiada kaki, buta dan yang paling aku kesian apabila si ibu sanggup membawa anak kecil untuk meraih sempati orang ramai. Apa yang menghairankan semakin hari semakin ramai pula si peminta sedekah. Ada yang sanggup mengejar orang ramai semata-mata mahukan mereka member wang kepada mereka. Kawan aku ada juga yang berpesan agar tidak melayan karenah mereka kerana dikhabarkan mereka mempunyai sindiket tertentu. Kisah yang aku ingin kongsikan ini berlaku di sekitar pekan pada waktu  pentang di hadapan bank CIMB. Selepas aku mengeluarkan wang dari mesin ATM, aku lihat dua orang budak lelaki mundar- mandir dihadapan pintu bank berkenaan. Kemudiannya seorang anak muda keluar kemudian diiikuti oleh aku sendiri. Dua orang budak lelaki tiba-tiba mendekati pemuda itu.


Budak peminta derma: bang..derma anak yatim bang..(sambil menghulurkan satu kertas )
Anak muda: derma apa???
               Budak peminta derma: anak yatim bang..                                
Anak muda: aku pun anak yatim juga..

Aku lihat pemuda itu berlalu pergi begitu saja. Kemudian tiba giliran aku pula didekati oleh mereka:

Budak peminta derma: Kak derma anak yatim..
Aku: anak yatim dari mana ni…(aku mengeluarkan not xx tanpa menunggu jawapan daripada mereka)
Budak peminta derma: Terima kasih kak

Aku juga kurang pasti sama ada mereka betul-betul daripada rumah anak-anak yatim atau dihantar orang golongan tertentu yang suka mengambil kesempatan terhadap kanak-kanak.

Titipan Wadah:

Saya pasti bahawa anda di luar sana juga pasti pernah mengalami situasi seperti ini. Dewasa ini, begitu ramai orang yang suka mengambil kesempatan ke atas diri kita tanpa kita sendiri menyedarinya. Sedekah itu sangat dituntut oleh agama kerana akan beroleh ganjaran suatu hari nanti. Sungguhpun begitu, kita perlu berhati-hati agar tidak mudah tertipu dengan sindiket tertentu yang menghantar kanak-kanak untuk berlakon supaya meraih simpati orang ramai untuk kepentingan diri mereka sendiri. Namun demikian, saya rasa anak muda itu tidak sepatutnya berkata sedemikian rupa walaupun sekarang ini banyak isu telah timbul tentang pengutip derma atau peminta sedekah. Siapa tahu jika mereka sememangnya jujur. Jika tidak mahu menghulurkan derma, saya rasa lebih baik pemuda berkenaan berlalu pergi begitu sahaja daripada dia menuturkan bahasa yang tidak sopan dan mungkin akan menghiris hati dan perasaan orang lain. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan