13 Mac 2011

Situasi 36: Bahasa Sopan Vs Bahasa Tidak Sopan Dalam Konteks Silang Budaya



Pada kali ini saya ingin memperkatakan tentang beberapa bentuk bahasa sopan dan bahasa tak sopan yang merentasi budaya dalam konteks di Malaysia.

Sakai ??

Orang Melayu: Sakai betul la budak kampung tu!
Orang Melanau: Ramai sakai aku yang berjaya ke menara gading
Orang Murut: Dalam majlis rumah terbuka  itu, ramai sakai kenamaan yang hadir.

Abstrak bahasa mempunyai perkaitan yang erat dengan budaya. Bahasa dapat mempengaruhi budaya, dan budaya juga dapat mempengaruhi bahasa.
Dalam masyarakat Melayu, ‘sakai’ digunakan untuk mempersendakan orang lain, misalnya ketinggalan zaman/tidak bertamadun. Bagi masyarakat Melanau di Sarawak pula, ‘sakai’ bermaksud ‘kawan atau sahabat’. Manakala bagi  masyarakat Murut, ‘sakai’ bermaksud ‘orang atau manusia’.
Hal ini menunjukkan bahawa perkataan  ‘sakai’ berfungsi sebagai bahasa tak sopan dalam masyarakat Melayu, manakala dalam masyarakat Melanau dan Murut perkataan  itu dianggap sopan.
Bahasa Sopan dan Bahasa tidak Sopan?
Ø Bahasa sopan menunjukkan ketinggian akhlak, akal budi dan kejernihan fikiran seseorang.
Ø  Bahasa tidak sopan pula memperlihatkan kerendahan akhlak, tatatertib dan tercemarnya fikiran.
Sebenarnya, penggunaan bahasa sopan berkait dengan konsep ‘tahu bahasa’ – tahu bagaimana untuk memilih perkataan yang sesuai apabila berbicara dengan orang lain. ‘Tahu bahasa’ tidak semestinya dianggap ‘tahu budaya’. Dalam perkataan lain, ‘tahu bahasa’ harus juga ‘tahu budaya’.
Konsep ‘tahu bahasa’ merujuk kepada kecekapan berbahasa (linguistic competence), sementara ‘tahu budaya’ merujuk kepada pengetahuan tentang budaya sesuatu bangsa.
Perbezaan makna leksikal dalam Silang Budaya Menurut Asmah Haji Omar (1988:180):

“Sesuatu perkataan itu boleh menimbulkan perasaan-perasaan tertentu bergantung kepada suasana perkataan itu digunakan atau juga bergantung kepada latar belakang masyarakat yang berkenaan”. Banyak perkataan yang hanya boleh digunakan untuk masyarakat sahaja tetapi tidak sesuai untuk digunakan dalam masyarakat lain. Jika hal ini dilanggar, ia akan menimbulkan kemarahan, perasaan tidak senang, sakit hati, tersinggung, kecil hati dan sebagainya.

KOMEN:
Dengan ini, perkataan Sakai’ mempunyai makna emotif yang berbeza sama sekali dengan makna asalnya. Justeru penggunaan perkataan ini dianggap sebagai tidak sopan dalam kalangan masyarakat Melayu. Bagi masyarakat Melanau dan Murut di Sarawak pula, perkataan ‘Sakai’ dianggap sopan kerana rujukannya ialah ‘kawan/sahabat’ (Melanau) dan ‘orang/manusia’ (Murut).  Sesuatu perkataan yang sama mempunyai makna yang berbeza, bergantung kepada masyarakat dan budaya.



3 ulasan:

  1. dalam bahasa Suluk pula sakai ada 3 maksud..

    1) dlm bahasa Suluk sakai boleh bermaksud sesuatu yg boleh menampung.. contohnya 'pagsakatan' yg bermaksud 'kenderaan'..

    2) sakai juga bermaksud mendaki/naik.. tetapi selalunya disebut sakat.. contohnya 'simakat pa taas' bermaksud 'menaik ke atas'.. kata dasar simakat adalah sakat/sakai..

    3) pada hari ini sakai dalam bahasa suluk adalah merujuk kpd satu perbuatan yg ketinggalan zaman. contohnya mcm terlalu excited dgn satu benda yg berteknologi mcm ipad ka, iphone ka.. :D

    dalam bahasa Melayu pula pada asalnya sakai/jakun merujuk kepada orang Asli atau orang yg tinggal di kawasan pedalaman dan atas bukit..

    jadi kesimpulan pada asalnya sakai ne bermaksud sesuatu kelompok yg bermukim atau tinggal di kawasan yg tinggi seperti bukit.. dan perkataan sakai bukan lah perkataan yg hina atau tidak sopan.. tetapi pada zaman skrg perkataan sakai telah digunakan utk merujuk kpd perbuatan yg tidak bertamadun padahal pada asalnya sakai bermaksud sesuatu yg diatas, tinggi atau menaik..

    BalasPadam
  2. bahasa dusun 'sakai' maksudnya menaiki kenderaan atau suatu benda seperti meja,kerusi dan lain-lain. tetapi sakai juga boleh bermaksud orang yang tidak tahu apa-apa

    BalasPadam