15 Mac 2011

Situasi 39: “Mana selipar aku?”


Rakan serumahku ingin ke kampus untuk berjumpa pensyarahnya.
Ketika berada di depan pintu rumah, dia menjerit:

Aizah aku pinjam kasut hang noh!


Aku yang berada di dalam bilik ketika itu menyahut:

Ambil la…atas rak kasut tu.



Seketika kemudian, aku dan Aja, iaitu rakan serumahku ingin ke kedai untuk membeli makanan tengah hari.

Aku: Eh..mana selipar aku ni. Rasa letak kat sini. Aja ada nampak tak selipar orang warna hitam tu?


Aja: Tadi aku nampak Tina pakai selipar hitam tu.

Aku: La..tadi dia cakap nak pinjam kasut.

Aja: (Ketawa) Geng-geng depa tu selipar ke kasut, semua depa panggil kasut.

Aku: La yeke. Tak tahu la pulak.

Begitulah kisah kehilangan seliparku.


Komen:
Komunikasi yang berkesan ialah apabila kedua-dua pihak memahami apa yang dituturkan oleh pihak yang dilawan bercakap. Di sini kita dapat lihat wujudnya masalah ‘kesalahfahaman’ apabila dua anggota masyarakat yang berlainan negeri berkomunikasi menggunakan dialek negeri sehingga pihak lawan membuat tafsiran yang salah terhadap perkataan tersebut mengikut kefahaman sendiri. Sehubungan itu, perkataan ‘kasut’ oleh masyarakat negeri Kedah  merangkumi selipar dan kasut dan istilah ‘selipar’ tidak wujud bagi mereka. Manakala, masyarakat luar menafsir perkataan kasut ialah kasut yang bertutup. Oleh hal yang demikian, gunalah bahasa yang boleh mewujudkan komunikasi yang berkesan dan jelas agar tidak timbul masalah salah faham.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan