13 Mac 2011

Situasi 35: Panggilan Anak kepada Ibu Bapa





Zaman sekarang tidak seperti zaman dahulu, panggilan untuk ibu bapa dahulu kebanyakannya memanggil emak dan ayah atau emak dan abah tetapi sekarang panggilan tersebut sudah bervariasi. Situasi ini umpama ingin mencipta satu kelainan daripada keluarga yang lain.

Seiring dengan peredaran masa, nama emak ini saya rasakan semakin jarang digunakan.

Jika orang Kelantan, panggilan untuk emak sangat berbeza dengan negeri-negeri lain kerana biasanya panggilan untuk emak ialah “Mek”. Manakala panggilan “‘Mak” atau bunyi dalam dialek Kelantan “Mok” adalah panggilan untuk nenek.

Ini antara panggilan-panggilan yang biasa digunakan sekarang untuk panggilan kepada ibu bapa:

Mama dan Papa
Ibu dan Ayah
Mama dan Baba
Mummy dan Daddy
Emak dan Ayah/ Abah
Ummi dan Abi
Bonda dan Ayahanda

Kebiasaanya, panggilan untuk ibu bapa ini dipengaruhi oleh faktor seperti taraf ekonomi, taraf pendidikan, kawasan kediaman sama ada desa atau bandar, keturunan, bangsa dan sebagainya.

Menurut seorang ustaz, panggilan terbaik untuk bapa ialah Abi manakala untuk emak ialah Ummi kerana panggilan inilah yang digunakan oleh Nabi Muhammad SAW. Panggilan Mummy tidak sesuai digunakan kerana membawa pengertian hantu kubur.



Sehubungan itu, gunalah panggilan yang sesuai megikut agama, bangsa dan adat kita. Kadang kala sesuatu panggilan dapat mempengaruhi keeratan perhubungan kita dalam keluarga.

"Al-haqqu bila nizom yaghlibuhul-baatil binnizom"

Maksudnya: "Sesuatu kebenaran yang tidak sistematik akan dikalahkan oleh kebatilan yang sistematik dan terancang

2 ulasan:

  1. yaa....pgilan abi&ummi mmg paling best.... ermm nnt baby sy ni bhsakan abi&ummi lah...sedap jee bila anak kita pgil kan....hihihi

    BalasPadam
  2. Salam kpd penulis. Saya tertarik dgn penulisan ini. Boleh saya tahu nama ustaz yang hujahnya dijadikan rujukan Dan topik penulisan ini? Rasanya lebih elok kalau dpt dicatitkan bersama supaya lebih kukuh penghujahan. Terima kasih.

    BalasPadam