13 Mac 2011

Situasi 37: Perbezaan Makna Perkataan antara Malaysia dan Indonesia.

MALAYSIA VS INDONESIA


Malaysia

Indonesia


Makna sesuatu perkataan berbeza dalam konteks silang budaya yang merentasi sesebuah negara. Oleh itu, perkataan yang sama jika digunakan oleh dua masyarakat yang berbeza akan menghasilkan makna sosialinguistik yang berbeza.

Contoh??


Perkataan
Makna di Malaysia
Makna di Indonesia
Jakun

Digunakan untuk mengejek dan mempersendakan seseorang
Makna sebenarnya dirujuk juga kepada salah satu kaum asli di Malaysia.
Halkum (saluran makanan yang bermula dari mulut ke perut atau kerongkong).
Butuh

Alat kemaluan lelaki dianggap tabu dalam kalangan masyarakat Melayu
Kata kerja, iaitu perlu atau ingin
Bapak

Seseorang lelaki yang telah berkahwin dan mempunyai anak.
Memanggil/menyapa seseorang di dalam situasi rasmi atau formal yang membawa makna ’encik’

Seronok

Suka atau gembira tentang sesuatu aktiviti.

Seseorang yang baru sahaja selesai melakukan hubungan seks
Cerewet

Seseorang yang banyak bercakap, suka berleter atau bersungut.
comel
Kapan
Kain putih yang digunakan untuk membalut mayat
Kata adverba, iaitu bila

Komen:

Bahasa Melayu bukan sahaja digunakan secara meluas di Malaysia, malah di Indonesia juga. Kedua-dua buah negara ini dahulunya berasal daripada rumpun bahasa dan bangsa yang sama, yang disebut sebagai Kepulauan Melayu. Jadi tidak hairanlah penutur bahasa di kedua-dua buah negara tersebut saling memahami. Bagaimanapun, kini terdapat sejumlah perkataan  yang berbeza dari segi makna rujukan, nahuan dan sosiolinguistik.
Sehubungan itu, kita dapat lihat bahawa sesuatu perkataan  yang sama mempunyai makna yang berbeza, bergantung kepada masyarakat dan budaya. Dengan itu, sesuatu perkataan mempunyai makna emotif mengikut makna bagi kedua-dua negara ini.

SEKIAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan