15 Mac 2011

Situasi 40: Sensitif? Mana ada!

            

Salam Sejahtera buat Semua

Situasi 1: Di dapur.

Dilla: Macam mana nak kopekkan durian ni?

Mek Yah: Astaghfirullahalazim… bakpo mu ni suka sangat carut!

 Dilla: Mencarut apa benda pulak?

Mek Yah: Dah mu duk sebut kopek-kopek tu bakpo?

Dilla: Aku tanya kau macam mana nak kopekkan buah durian ni? bila masa pulak aku mencarut?

Mek Yah: Ishh.. kat negeri aku “kopek”  tu sensitif wel..mu sebut benda lain la.

Dilla: Kenapa pulak sensitif?

Mek Yah: Di negeri aku,  “kopek” tu bermaksud buah dada perempuan!

Dilla: Ooo…aku tak bermaksud macam tu, aku tanya kau macam mana nak mengopak buah durian ni.


Situasi 2: Selepas majlis rewang (di bahagian belakang rumah)


Mek Soh: Patat tu mu berus biar bersih.

Asyraf: (Pengantin lelaki berasal dari Johor, terkejut)..tak nak la saya.

Mek Soh: Tadi mu nak sangat basuh…

Asyraf: Yela..tapi??

Mek Soh: Tapi gapo pulak?

Linda: (Pengantin perempuan, ketawa terbahak-bahak). Abang, Mek Soh minta abang berus bahagian bawah kuali tu..

Asyraf : (Muka malu). Kenapa tak cakap bawah kuali?

Linda: Orang kat sini menggunakan perkataan “pantat” tu untuk bahagian bawah kuali.

Komen:
Begitulah serba sedikit perbualan yang menggunakan perkataan-perkataan tertentu yang  telah menimbulkan salah faham dan keraguan apabila kita berbeza kefahaman mengenai maksud perkataan itu.
Makna sesuatu perkataan misalnya perkataan “kopek” dan “pantat” mempunyai perbezaan makna berdasarkan konteks luar bahasa, iaitu konteks sosial yang melatari sesuatu peristiwa bahasa. Oleh hal yang demikian, perkataan yang sama jika digunakan oleh dua masyarakat yang berbeza akan menghasilkan makna sosialinguistik yang berbeza.
Sehubungan itu, perkataan ‘kopek’ dan ‘pantat’ ini membawa makna emotif kepada pendengar, iaitu melibatkan perasaan sensitif dan dianggap sebagai bentuk bahasa yang tidak sopan terutama apabila berhadapan dengan masyarakat dari negari Kelantan dan Johor.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan