12 Mac 2011

Situasi 24: Sistem Panggilan dalam Suku Kaum Kadazan Dusun


Dialog Kadazan Dusun:



 

Isai ngaran nu ?
Ngaran
ku ...

 

Siapa nama anda?
Nama
saya ...

 

Mongoi oku hilo id sikul.

 

Saya mahu ke sekolah.

 

Kada kou kogosok
Kada
kou kagangau

 

Jangan kamu bising

 

Jika anda berada pada situasi begini, adakah anda memahami apa yang dituturkan oleh mereka. Saya pernah  mengalami situasi ini, di mana saya tidak memahami apa yang dituturkan oleh rakan-rakan yang berasal dari Sabah. Saya rasa anda juga  mungkin terkial-kial dan sedikit ternganga kerana tidak memahami apa yang dituturkan.

 

Kadazan Dusun??



 

Suku kaum Kadazan dan Dusun adalah kumpulan etnik terbesar di negeri Sabah. Kumpulan ini mewakili 30 peratus populasi rakyat Sabah. Kadazan dan Dusun digabungkan menjadi satu disebabkan oleh kumpulan ini berkongsi bahasa dan budaya yang sama.

 

Bagaimana sistem sapaan dalam suku kaum mereka?



 

Sistem panggilan merangkumi tiga aspek utama iaitu ganti nama diri, kata panggilan dan kata panggilan keluarga. 

 

Dalam laman ini, saya ingin menfokuskan tentang ganti nama diri yang digunakan oleh suku kaum ini.

 

Sama-sama kita meneroka untuk menambah ilmu.

 

 

Ganti Nama Diri Pertama
Ganti nama diri orang pertama adalah perkataan yang digunakan untuk menggantikan nama diri orang yang bercakap seperti saya, aku, beta, patik dan hamba. Ganti nama diri pertama dalam bahasa Kadazan dan Dusun adalah seperti berikut: -
Oku            :  aku, saya
Ikoi             : kami (exclusive)
Ko               : kau, engkau, awak (singular, agent)
Ikau, ika     : kau, engkau, awak (singular, non-agent)
Kou            : kamu (plural, agent)
Ikove, iovu : kamu (plural, non agent)
Kita             : kita berdua (dual)
Tokou         : kita (inclusive)
Ialo             : dia (same sex, familiar)
Isido           : dia (apposite sex and / or un familiar)
Iolo             : mereka
Oisido         : masing-masing
Ganti Nama Diri Kedua
Ganti nama diri orang kedua adalah perkataan yang digunakan untuk menggantikan nama diri orang yang ditujukan percakapan seperti engkau, awak, saudara, encik, tuanku, tuan dan puan. Umumnya, untuk bilangan orang lebih dari satu, biasanya ditambah perkataan ‘semua’ atau ‘sekalian’. Ganti nama diri kedua dalam bahasa Kadazan dan Dusun adalah seperti berikut: -
Dogo do, dogon do : aku punya, saya punya (precedes noun)
-ku                       : -ku (follows noun)
Dogo, dogon        : aku punya, saya punya
Dagai do              : kami punya (exclusive, precedes noun)
-ja                         : kami (exclusive, follows noun)
Dagai                    : kami punya (exclusive)
-nu                       : -mu (singular, follows noun)
Dika do, dikau do : kau punya, engkau punya (singular, precedes noun)
Dika, dikau          : kau punya, engkau punya (yours, singular)
Dikovu do            : kamu punya (plural, precedes noun)
Muju                    : kamu (plural, follows noun)
Dikovu                 : kamu punya (plural)
Dato do                : kita berdua punya (dual, precedes noun)
-to                         : kita berdua punya (dual, follows noun)
Dato                     : kita berdua punya (dual)
Tokou                  : kita punya (inclusive, follows noun)
Daton / ditokou    : kita punya (inclusive)
Dialo (do)             : dia punya (same sex, familiar, precedes or follows noun)
Disido (do)           : dia punya(opposite sex and / or un-familiar, precedes or follows noun)
-jo                         : -nya (follows noun)
Diadolo do           : mereka punya (precedes noun)
Diolo                              : mereka punya (follows noun)
Doisido                 : masing-masing punya

Ganti Nama Diri Ketiga
Ganti nama diri orang ketiga adalah perkataan yang digunakan untuk menggantikan nama diri orang yang dijadikan bahan percakapan atau yang dicakapkan seperti ia, dia, baginda, beliau dan –nya untuk bilangan satu dan ‘mereka’ bagi bilangan lebih dari satu. Ganti nama diri ketiga dalam bahasa Kadazan dan Dusun adalah seperti berikut: -
Dogo, dogun        : aku, saya
-ja                         : kami (exclusive, agent)
Dagai                   : kami (exclusive, non agent)
-nu                       : kau, engkau (singular, agent)
Dika, dikau         : kau, engkau (singular, non agent)
Muju                    : kamu (plural, agent)
Dikovu, diovu      : kamu (plural, agent or non-agent)
-to                         : kita berdua (dual, agent)
Dato                     : kita berdua (dual, non-agent)
Daton/ditokou      : kita (inclusive)
Dialo                    : dia (same sex, familiar)
Disidio                  : dia (opposite sex and / or unfamiliar)
Diolo                    : mereka
doisido                 : masing-masing


Bahasa adalah hak dan ciptaan masyarakat penuturnya. Corak dan bentuk sesuatu bahasa adalah bergantung kepada siapa penuturnya dan di mana bahasa itu digunakan. Sesuatu bahasa yang mempunyai bilangan penutur yang ramai dan tersebar luas dari segi geografi akan mempunyai perbezaan-perbezaan kecil dari segi sebutan, susunan frasa, susunan perkataan-perkataan atau gaya.

Beruntungnya seseorang itu jika dapat memahami banyak bahasa kaum lain.



Wassalam.

Situasi 23: Gelaran Awang dan Abang


Awang dan Abang??


 

Apa bezanya?



 

Sama-sama kita merungkai sejarah.


Saya pernah terbaca satu kertas kerja  dalam satu laman sosial (Facebook) gelaran Awang dan Abang.



Bahasa melibatkan kajian sejarah bahasa, iaitu bagaimana perkembangan  sesuatu kata sehingga sekarang, dari mana sumbernya dan bagaimana kata tersebut membentuk makna serta bagaimana makna itu berubah mengikut masa.

Sejarah dua perkataan yang sangat lumrah dalam bahasa Melayu, iaitu kata  Awang.dan juga Abang 

Apa keistimewaan gelaran Awang dan Abang?

Penggunaan kedua-dua perkataan ini sebagai gelaran kehormat yang akhirnya menjadi gelaran penanda keturunan bagi sesetengah masyarakat di Brunei dan Sarawak.

Gelaran abang di Sarawak adalah khusus untuk keturunan abang sahaja, dan demikian juga di Brunei Darussalam, perkataan awang adalah gelaran khusus kepada keturunan awang atau awang-awang.

Kedua-dua gelaran tradisional ini pada asalnya adalah berpusat di istana, atau dianugerahkan oleh seorang raja kerana tugas atau jasanya. Bagi gelaran awang di Brunei, ia dianugerahkan kepada lelaki yang bekerja di istana.

Awang dan Abang dalam bahasa Melayu
Takrifan
Awang
Abang

Wilkinson (1903)



Anak muda; nama yang dikenali (timang-timangan selalunya diberikan kepada anak sulung; nama panggilan untuk seseorang lelaki muda yang tidak diketahui namanya.
Abang tua atau sepupu; ungkapan akrab atau ungkapan untuk menerangkan saudara lelaki yang tidak begitu berbeza umur dengan si penutur; ungkapan wanita kepada suaminya.


Kamus Bahasa Melayu Nusantara (2003)
Panggilan kepada anak muda (terutamanya anak sulung) dan juga bermaksud dalam sastera lama sebagai hamba laki-laki.
Saudara laki-laki yang lebih tua daripada seseorang (biasanya seibu seayah dengannya); kakak laki-laki; panggilan khususnya kepada saudara tua laki-laki (yang seibu seayah, seayah, atau seibu); panggilan kepada orang laki-laki yang lebih tua atau yang tidak dikenali; panggilan isteri kepada suaminya

Dua kamus yang dirujuk ini sebenarnya membawa kesan yang agak berbeza pada kedua-dua perkataan tadi:

·        kamus Wilkinson (1903) yang sudah berusia 104 tahun menunjukkan yang pemakaian dan maksud perkataan awang dan abang tetap sama selama lebih dari 100 tahun sehingga sekarang.

·        Kamus Bahasa Melayu Nusantara (2003) pula membawa kesan yang perkataan ini difahami dan digunakan dalam bahasa Melayu di Nusantara (Brunei, Indonesia dan Malaysia serta Singapura dan selatan Thailand).



Di Brunei Darussalam perkataan awang digunakan dengan begitu produktif sekali kerana ia berfungsi sebagai kata panggilan atau penanda nama untuk lelaki yang membawa makna sepadan dengan encik di Malaysia, atau bapak di Indonesia atau mr (mister) dalam bahasa Inggeris.

Bagaimanapun, penggunaannya tetap terbatas pada situasi formal dan tulisan kerana jika digunakan dalam situasi informal perkataan ini selalunya hanya diujarkan kepada seseorang yang sebaya atau yang lebih muda dari si penutur. Jika digunakan kepada seseorang yang lebih tinggi kedudukan sosialnya serta lebih tua dari si penutur, panggilan ini akan ditafsir sebagai tidak hormat.

Bagi perkataan abang pula, sememangnya tidak ada perbezaan penggunaannya seperti tempat-tempat lain di alam Melayu, iaitu digunakan untuk seorang lelaki yang lebih tua atau isteri kepada suaminya.

Sehubungan itu, dengan adanya rujukan sejarah seperti ini secara tidak langsung dapat melahirkan generasi yang celik sejarah.



Wassalam

Situasi 22: Bahasa Melambangkan Peribadi


Salam Ukhwah


Bahasa Melambangkan Peribadi



Inilah yang ingin saya rungkaikan di laman blog pada kali ini. Setiap pertuturan yang meniti di bibir kita sebenarnya melambangkan diri dan peribadi kita yang sebenar.

Saya tertarik dengan isu yang diutarakan oleh seorang pengikut Laman Forum Mesra. Net yang mengutarakan isu “Penggunaan Bahasa Kasar dan kesat” pada laman tersebut   tidak kira topik apa yang dibincangkan.

                       




Petikan ayat yang diutarakan oleh seorang Pengikut Forum Mesra.Net:

Aku perhatikan segelintir orang suka guna bahasa kasar @kesat bila posting kat Mesra ni.Tak kisah laaa apa topik pun just bak tau, adakah itu sebenarnya diri korang??? Walaupun hanya perkataan yang ditaip, pada aku ianya tetap kasar..kalau leh dengar...emmm mau sakit telinga yang mendengar..
 Tak gitu kengkawan???

Respon dari Quote (cherylass @Jun 27 2006, 1:45 PM)

Kurang asam ko kenakan aku yek?...'hampeh tu laaa ko!

mmm..ni contoh kasar atau kurang budi bahasa yek???

Kalo ada orang cakap kat ko, "Ko ni gila la" atau "bangang tul la ko ni"..apa ko rasa


   Inikah diri anda yang sebenar?




Komen:
Aku belum sampai kayuh
Engkau sudah sampai seberang
Kasar bahasa boleh gaduh
Alamat berkawan dengan bayang

Gunalah bahasa yang sopan kerana bahasa adalah cerminan sikap kita.


Situasi 21: Bahasa Rahsia

Salam Sejahtera

Pernahkah anda menggunakan bahasa rahsia?


Siapa yang selalu menggunakan bahasa rahsia?





Walaupun saya bukan anggota perisik  atau polis tetapi sewaktu  di alam persekolahan dahulu saya dan rakan-rakan selalu menggunakan bahasa rahsia. Bahasa yang saya dan rakan-rakan tuturkan tidak difahami oleh orang di sekeliling dan hanya saya dan rakan-rakan sahaja yang mengetahui maknanya. Inilah yang dikatakan bahasa rahsia yang kami reka sendiri untuk mengungkapkan sesuatu yang dianggap peribadi dan tidak mahu diketahui oleh orang lain. Ini antara bahasa rahsia yang kami selalu gunakan semasa kami berkomunikasi antara satu sama lain.


Dufulifu sefelafalufu cafakapfak bafahafasafa camfamnifi 

Apa yang anda faham dengan ayat ini?



Maksud ayat  yang kami anggap bahasa rahsia ini ialah:

Akulah gadis itu. Selagi aku hidup, aku akan belajar dan terus belajar.

Jika kami tidak menyukai seseorang, kami akan menggunakan bahasa rahsia ini:

Menanglah dia yek

Dengan adanya bahasa rahsia, kami boleh bercakap tanpa menguris hati orang lain kerana mereka tidak memahami apa yang kami tuturkan.

Masa aku tadika dahulu, pak cik sebelah ayah aku pernah ajar satu bahasa rahsia yang bunyinya seakan-akan bahasa Rusia. Pak cik aku kata jika  ada orang  tanya sudah makan atau belum,
jawab begini:

Sasyasa maskansan rostisi pasgisi tasdisi

Maksudnya ialah:

Saya makan roti pagi tadi.

Masa aku kecil, kakak dan sepupu aku selalu menggunakan bahasa rahsia yang mereka reka sendiri kerana mereka tidak mahu aku tahu aktiviti yang mereka akan lakukan.
Inilah bahasa yang selalu bermain difikiran aku ketika itu:

Tika dusah hatu
Buca gali kesali

Akhirnya, aku dapat  memahami bahasa yang mereka setelah aku berumur 11 tahun. Oleh itu, bahasa tersebut bukanlah rahsia lagi bagi aku.

Tika dusah hatu bermaksud kita sudah tahu
Buca gali kesali bermaksud cuba sekali lagi

Komen:
Saya rasa bahasa rahsia sangat unik dan menarik kerana hanya orang tertentu sahaja yang dapat memahami dan mengerti bahasa yang digunakan. Walaupun, bahasa rahsia yang digunakan itu tidak diiktiraf tetapi sekurang-kurangnya dapat menjadi satu medium komunikasi untuk mengungkapkan sesuatu yang melibatkan hal peribadi atau sebagainya. Walaupun, sudah banyak bahasa rahsia yang sudah saya lupa, tetapi saya masih lagi mempraktikan satu bahasa rahsia, iaitu kami panggil bahasa ‘M’. Saya akan menggunakan bahasa ini ketika bertemu rakan-rakan lama di kampung.

“Samayama sumukama kamamumu”


WASALAM